suria

Ops 6P: Majikan Ditipu Diberi Kemudahan Daftar Pekerja Asing

Zahid Hamidi menerima cenderahati sebuah buku "Don`t Be Sad" yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia bejudul "Jangan Bersedih" daripada penulis buku itu, Dr Aidh Abdullah. - Foto BERNAMA
Zahid Hamidi menerima cenderahati sebuah buku
Zahid Hamidi menerima cenderahati sebuah buku "Don`t Be Sad" yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia bejudul "Jangan Bersedih" daripada penulis buku itu, Dr Aidh Abdullah. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi kemudahan kepada majikan yang ditipu oleh pihak yang membekalkan pekerja asing untuk mendaftarkan pekerja mereka supaya mendapat dokumen sah di bawah program 6P.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai lebih 5,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P (Ops 6P) yang diketuai Jabatan Imigresen bersama agensi penguatkuasa lain sejak 1 September lalu.

"Kita memberi kemudahan kepada para majikan untuk mendaftarkan pekerja-pekerja (Pati) supaya pendokumen mereka mengikut undang-undang.

"Ini kerana kita mempertimbangkan atas kekurangan tenaga kerja dalam industri, dan juga sektor-sektor yang perlu dikenal pasti sememangnya memerlukan pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Seminar Khas Kesejahteraan Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Pengarang Buku "La Tahzan" (Jangan Berdukacita", Dr Aidh Abdullah al Qarni di KDN di sini, Jumaat.

Ditanya adakah bukan semua Pati yang akan dihantar pulang, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mendengar secara jelas mengenai rayuan daripada para majikan yang benar-benar memerlukan pekerja.

"Ini kerana mereka sebenarnya ditipu oleh syarikat-syarikat yang membekalkan pekerja sebelum ini. Mereka sudah membuat bayaran tetapi tidak mendapatkan dokumen.

"Saya tidak boleh menghukum mereka. Saya juga perlu tunjuk perikemanusiaan. Ini kerana mereka sudah bayar antara RM3,000 dan RM8,000 untuk mendapatkan pekerja tetapi dokumen berkaitan pekerja tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah, dalam kes berkenaan pihak majikan tidak seharusnya dihukum tetapi syarikat yang membekalkan pekerja itu akan dikenakan tindakan tegas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain