Josie Fernandez Bukan Lagi Setiausaha Agung TI-M, Kata Akhbar Satar - Semasa | mStar

Josie Fernandez Bukan Lagi Setiausaha Agung TI-M, Kata Akhbar Satar

Bekas setiausaha agung TI-M, Josie Fernandez.
Bekas setiausaha agung TI-M, Josie Fernandez.

PETALING JAYA: Transparency International-Malaysia (TI-M) telah menamatkan keahlian Setiausaha Agungnya, Josie Fernandez, kata presidennya, Datuk Akhbar Satar.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Akhtar berkata, exco membuat keputusan itu semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif TI-M yang ketujuh pada Isnin lepas, selepas mempertimbangkan surat tunjuk sebab Fernandez yang dikeluarkan pada 16 Ogos.

"Selepas banyak pertimbangan, TI-M memutuskan untuk menamatkan keahlian Josie Fernandez serta-merta bermula Isnin, 2 September 2013.

"Dengan rundingan bersama sekretariat di Berlin, exco sebulat suara bersetuju bahawa ia kepentingan terbaik buat 'Malaysian Society for Transparency and Integrity' untuk menamatkan keahlian Fernandez dengan serta-merta berdasarkan pandangan terhadap tindakan dan kelakuannya, yang mana exco menganggapnya sebagai bertentangan dengan kepentingan masyarakat," katanya.

Akhbar menambah bahawa penamatan itu berdasarkan perlembagaan Artikel VIII: Penggantungan dan Penamatan Keahlian Klausa (3) dan (4).

Timbul dakwaan mengenai pertikaian dalam TI-M apabila Akhbar dipilih sebagai presiden semasa mesyuarat exco 24 Mei lalu, yang mengetepikan Fernandez.

Jawatan setiausaha agung diisi oleh Loi Kheng Min.

Fernandez mendakwa percanggahan dalam proses pendaftaran Loi sebagai setiausaha agung yang baru, dan terdapat segelintir daripada 41 anggota exco tidak layak untuk mengundi.

Bagaimanapun, satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Julai lalu diadakan untuk membincangkan keputusan pemilihan yang mengesahkan keputusan pemilihan.

Ketika dihubungi, Fernandez berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu pada Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain