suria

Tee Umum Hasrat Tanding Ketua MCA Bahagian Pontian

JOHOR BAHRU: Sejurus selepas penggantungan keahliannya ditarik balik, Datuk Tee Siew Kiong mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan Ketua MCA Bahagian Pontian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang itu sebelum ini telah digantung keahlian untuk tempoh tiga tahun oleh MCA awal bulan Julai kerana menerima pelantikan sebagai exco kerajaan negeri.

Tee juga merupakan bekas ketua bahagian sebelum penggantungan dibuat.

Apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding untuk tempat yang lebih tinggi dalam pemilihan parti akhir tahun ini, Tee berkata beliau akan membuat keputusan itu berdasarkan hasil pemilihan bahagian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Festival Mid-Autumn di Jalan Tan Hiok Nee di sini, Khamis.

Artikel Lain