suria

Suami Isteri Maut Dalam Nahas di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Felda Sahabat 2, Embara Budi di sini petang Khamis.

Mohd Nur Annas, 40, dan isterinya Sitti Haisah Assat, 39, maut di tempat kemalangan dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat berkata kedu-duanya dalam perjalanan dari Tanjung Labian ke Bandar Cenderawasih.

Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak cedera.

Sementara itu seorang remaja berumur 15 tahun maut selepas tercampak dari motosikalnya akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah bas ekspres di Km 21, Jalan Lahad Datu- Tawau kira-kira jam 10.10 malam semalam.

Amir Farhan yang ketika itu dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah kedai berdekatan meninggal di hospital. -BERNAMA

Artikel Lain