suria

Seorang Ditembak Mati, Seorang Cedera Dalam Ops Cantas

KOTA KINABALU: Pegawai polis menembak mati seorang lelaki dan seorang lagi cedera dalam Ops Cantas di sini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki ditembak ketika cuba melarikan diri apabila diminta untuk menghentikan kereta untuk siasatan polis di sebuah kampung di Kinabatangan kira-kira 350km dari Kota Kinabalu, petang Selasa.

Lelaki terbabit yang dipercayai pengedar dadah untuk kawasan itu dikatakan telah cuba merempuh ke arah pegawai polis.

Polis dipercayai telah melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan kejadian itu tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana mereka masih menyiasat kes itu.

Artikel Lain