suria

Warga Afrika, Dua Rakyat Tempatan Ditahan Terbabit Penipuan Pintasan Kad Sim

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Afrika berkelulusan sains komputer dari institusi pengajian tinggi swasta negara ini yang dipercayai dalang utama sindiket penipuan godam dan pintasan kad sim ditahan Jumaat lepas, bersama dua lagi warga tempatan.

Tiga suspek itu termasuk seorang wanita berumur 27 tahun ditahan dalam serbuan polis di Bandar Sunway dan Putra Perdana pada 30 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk SyedIsmail Syed Azizan berkata dengan penahanan warga Afrika berumur 28 tahun dan dua suspek warga tempatan itu, polis dapat menyelesaikan 10 kes penipuan berkaitan membabitkan kerugian lebih RM100,000.

Syed Ismail dalam sidang media di sini hari ini berkata polis mengesan ketiga-tiga suspek selepas menerima aduan daripada seorang pegawai tadbir di Johor Baharu yang menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

"Mangsa hanya menyedari ditipu ketika menerima panggilan daripada pihak bankpada 5 Ogos lepas yang memaklumkan terdapat transaksi perbankan internet berjumlah RM5,000 dibuat dari akaun miliknya ke satu akaun lain yang didaftarkan atas nama seorang lelaki warga Afrika.

"Mangsa sangat terkejut kerana dia tidak membuat sebarang transaksi ke mana-mana akaun dalam jumlah tersebut," katanya.

Katanya dua hari sebelum kejadian,telefon bimbit mangsa tiba-tiba tidak dapat digunakan sehingga beliau tidak dapat membuat panggilan keluar, menerima panggilan termasuk menghantaratau menerimakhidmat pesanan ringkas (SMS).

Syed Ismail berkata siasatan mendapati suspek warga Afrika itu mempunyai kepakarandalam menggodam akaun perbankan internet serta e-mel mangsa bagi mendapatkan nama serta kata laluan.

"Suspek akan curi maklumat peribadi seperti nombor telefon, nombor Mykad serta nombor akaun bank mangsa," katanya.

Selepas memperoleh nombor telefon mangsa, suspek lelaki tempatan pula ditugaskan untuk pergi ke syarikat telekomunikasi kononnya untuk menukar kad sim nombor telefon mangsa.

"Suspek akan bawa surat kuasa palsu yang membenarkanpenukaran kadsim mangsa. Nombor kadsim mangsa kemudiannya disekat danini bertujuan agar mangsa tidak menerima nombor kod kuasa transaksi (TAC), sekaligus tidak mengetahui tentang transaksi pindahan wang yang dibuat suspek," katanya.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah pelbagai barangan antaranya dua unit komputer riba, enam unit telefon bimbit, empat keping kad ATM serta empat buahbuku akaun simpanan.

"Semakan menunjukkan suspek lelaki Afrika itu pernah ditahan atas kesalahan sama dan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 2011," katanya.

Syed Ismail berkata ketiga-tiga suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA

Artikel Lain