suria

Shahrizat Alu-Alukan Rosnah Tanding Exco Wanita

SHAH ALAM: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Khamis mengalukan-alukan hasrat Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Sherlin untuk bertanding jawatan Exco Wanita Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau memuji cara Rosnah, yang perlu mengosongkan jawatannya dalam Puteri Umno kerana faktor usia, dengan tertib menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan Wanita.

"Saya dengar dia nak masuk dengan cara yang tersusun. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan," katanya semasa berucap pada Majlis Aidilfitri dan Kemerdekaan Badan Perhubungan Wanita Umno Selangor di sini malam Khamis.

Pada majlis itu, Shahrizat turut memperkenalkan Rosnah bersama-sama calon dari Wanita yang menawarkan diri untuk bertanding pada kali ini.

Beliau menasihatkan calon-calon agar bertanding secara sihat dalam suasana kekeluargaan pada pemilihan kali ini. - BERNAMA

Artikel Lain