suria

Permohonan Konsert Kumpulan Rock 'Lamb of God' Ditolak

Lamb of God
Lamb of God
Lamb of God

KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menolak permohonan penganjuran konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual berlangsung pada 28 September ini.

Menurut kenyataan KKMM Rabu, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal), pada Selasa.

"Keputusan penolakan ini dibuat secara sebulat suara setelah mendapati persembahan kumpulan ini menyentuh sensitiviti agama serta nilai-nilai budaya masyarakat Malaysia," menurut kenyataan itu.

Kumpulan dari Amerika Syarikat itu dijadual membuat persembahan di KL Live, Jalan Sultan Ismail di sini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini turut membantah kehadiran kumpulan itu di negara ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata bantahan itu berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Bantahan itu juga, katanya selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam. - BERNAMA

Artikel Lain