suria

Ahli Pertubuhan Haram Cerita Kisah Sebenar Dalam Kumpulannya

PETALING JAYA: Kumar merupakan seorang pekerja kolar putih yang sering melepak bersama rakan-rakan dan pulang ke rumah keluarganya setiap hari.

Dia juga merupakan salah seorang ahli satu daripada 49 pertubuhan haram yang diklasifikasi oleh polis dan kini diburu dalam Ops Cantas.

Pengurus sebuah institusi pengajian tinggi swasta berusia 25 tahun itu tinggal di Hulu Selangor.

Mereka yang tinggal di kawasan kejiranannya melihat kumpulan berkenaan sebagai 'polis tidak rasmi' dan penyelamat yang dapat menyelesaikan kebanyakan masalah mereka.

Kumpulan tersebut telah beberapa kali terlibat dengan pergaduhan gara-gara mahu mempertahankan kawasan mereka.

Bagaimanapun, Kumar yang enggan nama sebenarnya didedahkan berkata kumpulannya merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan menumpukan kepada usaha membantu masyarakat tempatan yang menghadapi apa jua masalah.

Dia juga menafikan ahli kumpulannya berbahaya dan menuduh media yang sengaja melabelkan mereka dengan imej sedemikian.

"Kami disenaraikan kerana kami merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Tidak aktiviti berbahaya yang kami jalankan," katanya sambil menambah bahawa beberapa ahli kumpulannya mungkin mempunyai rekod jenayah namun mereka kini tidak lagi terlibat dalam aktviti jenayah.

Menurut Kumar, kumpulannya telah menetapkan undang-undang untuk menjaga kelakuan ahli mereka.

"Kami telah memberi amaran supaya mereka tidak terlibat dengan dadah, pelacuran dan pengambilan alkohol," katanya.

"Apa yang kita boleh buat hanyalah menjaga kebajikan mereka yang tinggal di kawasan kami."

Kumpulannya aktif di Hulu Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengapa kumpulannya tersenarai sebagai kumpulan kongsi gelap yang menjadi buruan pihak polis, Kumar berkata dia tidak tahu punca sebenar perkara itu terjadi.

"Sudah pasti ada ahli yang salah guna nama kumpulan kami. Mungkin itu sebabkan kumpulan ini disenaraikan sebagai kumpulan kongsi gelap," katanya sambil mengakui kebanyakan kes yang berlaku ialah peras ugut untuk mendapatkan wang dan dadah.

Ditanya sama ada kumpulan tersebut turut merekrut ahli baru, dia berkata mereka tidak perlu berbuat demikian.

"Kami tidak mempunyai ketua dan kami tidak minta orang luar menyertai kami. Namun kami mempunyai peminat," katanya dalam nada bergurau.

Kebanyakan ahli baru menyertai kumpulan tersebut atas semangat setiakawan dan kasih saya yang ditawarkan," katanya.

"Kami semua bersatu hati. Mereka memerlukan seseorang untuk memimpin mereka, anda tahu?," kata Kumar.

Mengimbas kembali bagaimana dia menyertai kumpulan tersebut, Kumar berkata banyak masalah berlaku di kawasan kejirannya seperti gangguan daripada pelbagai pihak, pergaduhan dan gejala dadah ketika dia masih di bangku sekolah.

"Kawan saya dan saya sendiri benci dengan dadah dan mereka yang kurang ajar. Jadi kami mula menentang orang seperti ini. Ketika itulah saya mendengar mengenai kumpulan ini dan mengambil keputusan untuk menyertai mereka," katanya.

"Sehingga hari ini, tidak ada pengedar dadah di kawasan kami. Sekiranya kami mendapat tahu wujudnya aktiviti sedemikian, kami akan menghentikannya," katanya.

"Kawasan ini berada dalam genggaman kami. Tidak ada siapa boleh masuk tanpa kebenaran."

Kumar menyalahkan pihak berkuasa kerana melabelkan mereka sebagai kumpulan kongsi gelap.

"Mengapa mereka perlu menghalan semua ini? Di mana mereka selama ini? Jangan beritahu saya kejadian jenayah seperti ini baru berlaku semalam di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa Ops Cantas sepatutnya dijalankan sebelum situasi jenayah meningkat ke tahap yang semakin meruncing ketika ini.

Walaupun Ops Cantas masih berjalan, Kumar berkata dia dan ahli kumpulannya menjalani kehidupan seperti biasa.

"Buat kami perlu takut? Kami tidak buat apa-apa kesalahan. Hanya mereka yang salah guna nama kumpulan kami perlu bersembunyi," katanya.

Kumar mendakwa kumpulannya telah melakukan banyak perkara yang baik termasuk membantu pihak polis dan ahli politik juga tahu mengenai mereka.

"Kumpulan saya tidak buat sebarang kesalahan," katanya.

Kumar berkata kumpulannya juga tidak menentang Ops Cantas atau terlibat dengan insiden polis menembak penjenayah.

"Mereka boleh tembak sesiapa yang cuba mencederakan orang lain tapi bukan golongan belia yang berebut kawasan mereka," katanya.

Kumar berkata mencadangkan agar kerajaan tampil dengan pendekatan jangka panjang untuk menyelesaikan masalah gengsterisme di negara ini.

"Masih ada perkara yang boleh mereka lakukan.

"Jadikan kami kumpulan yang sah dan berikan dana kepada kami. Saya tidak maksudkan merkea yang mempunyai rekod jenayah sebaliknya kumpulan yang hanya cuba untuk membantu dan melindungi orang ramai," katanya.

Artikel Lain