suria

Subramaniam Enggan Ulas Cadangan Palanivel Kekal Presiden MIC

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam enggan mengulas pengumuman presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel bahawa beliau mungkin terus memegang jawatan tertinggi parti itu selepas penggalnya tamat pada 2016.

"Saya memilih untuk tidak mengulas mengenainya kerana saya tidak mahu terperangkap dalam perdebatan dalam akhbar.

"Tetapi prinsip kesinambungan saya (dalam parti) akan berdasarkan kepentingan masyarakat dan parti serta negara," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan persidangan dan pameran Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) 2013 di sini, Selasa.

Bagaimanapun, katanya beliau dan Palanivel ialah kawan baik, mereka akan terus mengadakan perbincangan mengenai perkara yang penting kepada parti.

"Jika tenaga kami dihabiskan untuk berpolitik, dengan itu kami tidak akan dapat memberi tumpuan kepada proses pembinaan negara dan masyarakat," katanya.

Pada 1 September, Palanivel, yang dipilih sebagai presiden MIC yang kelapan tanpa bertanding mengumumkan beliau mungkin terus memegang jawatan presiden malah selepas penggalnya tamat pada 2016 berikutan menerima sokongan padu daripada pengerusi cawangan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain