suria

Saya Mempunyai Gen Yang Lebih Baik Daripada Dia

PETALING JAYA: Bekas teman wanita warga Bosnia, Ervin Ahbabovic menolak dakwaan dia mempergunakan lelaki berkenaan untuk mendapatkan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah berkualiti tinggi.

"Saya mempunyai gen yang lebih baik daripada dia. Dia selalu fikir dia sangat hebat," kata Melanie (bukan nama sebenar) dalam satu temubual eksklusif bersama The Star Online.

Usahawan wanita itu mengakui dia pernah mempunyai hubungan dengan Ervin namun dia tidak pernah mencintai lelaki berkenaan dan "tiada siapa yang akan menyukai lelaki yang kurang cerdik dan berfikiran sempit sepertinya."

Dia turut mendakwa Ervin menderanya secara fizikal dan emosi selama beberapa tahun.

"Dia pukul saya dan pisahkan saya dengan semua orang hinggalah saya sembuh dan tiada siapa yang dapat melihat kecederaan yang saya alami.

"Dia juga menggunakan telefon saya untuk menghantar mesej kepada dirinya sendiri, hanya untuk menunjuk kepada rakannya, bahawa saya sangat memerlukannya," katanya lagi.

Melanie mendakwa Ervin juga turut mendera bekas isterinya, sejak mereka berkahwin semula.

"Dia kata bekas isterinya buat sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Dia beritahu saya macam-macam cerita dan saya simpati terhadap dia. Saya juga pernah memberi wang dan meminjamkan kereta saya kepadanya.

"Dia dakwa ada masalah psikologi kesan daripada perang di Bosnia. Dia kata dia bekerja dengan agensi perisikan," kata Melanie.

Menurut Melanie, bekas kekasihnya itu sanggup mencederakan diri sendiri.

Melanie berkata, dia telah cuba beberapa kali memutuskan hubungan dengan lelaki Bosnia berkenaan.

"Saya cuba membuang dirinya daripada hidup saya, namun dia enggan melepaskan saya.

"Dia ugut untuk menghancurkan hidup saya jika saya meninggalkan dia, dan dia telah melakukannya.

"Cuma saya tidak menyangka dia melakukannya dalam tempoh setahun (selepas saya tidak lagi bertemu dengannya," kata wanita itu.

Melanie menegaskan, dia akhirnya mempunyai kekuatan untuk meninggalkan lelaki tersebut tahun lalu.

"Lelaki ini sama seperti Gargamel (watak dalam The Smurfs. Dia bukanlah ahli sihir yang bijak sebaliknya paling berbahaya," tambahnya.

Melanie berkata dia tidak membenarkan anaknya berjumpa dengan Ervin dan berkata: "Tiada siapa akan mendedahkan anak lelaki mahupun anak perempuan mereka dengan orang sepertinya."

"Dia tidak pernah kisah mengenai anak saya mahupun saya. Apa yang dia hendak adalah mencapai kegemilangan selama 15 minit," kata Melanie.

Melanie telah membuat laporan polis terhadap bekas teman lelakinya itu dan menyifatkan tuntutan mahkamah yang dikemukakan terhadapnya sebagai satu bahan jenaka.

Ervin Ahbabovic lelaki warga Bosnia yang bertaraf pemastautin tetap negara ini telah mengemukakan saman bernilai RM600,000 terhadap bekas teman wanitanya atas dakwaan mempergunakan spermanya dalam usaha untuk mendapatkan anak dengan cara yang salah, dan memohon supaya beliau disah dan didaftarkan sebagai bapa di dalam sijil kelahiran anak lelakinya, faedah, kos dan lain-lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain