suria

NGO Berhimpun Depan Kedutaan Amerika Bantah Serangan Ke Atas Syria

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali bersama-sama NGO Perdana Global Peace Faundation Club berucap dihadapan Kedutaan Besar Amerika Serikat sebelum menghantar memorendam bantahan terhadap Perang terhadap Syria di Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pada Rabu mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi membantah rancangan negara itu melaksanakan tindakan ketenteraan terhadap Syria.

Perhimpunan selama kira-kira satu jam itu antaranya dihadiri anggota Kelab Yayasan Aman Global Perdana (PGPF), Kelab Putera 1Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat dan Pertubuhan Permata Angkatan Perpaduan Islam.

Mereka mula berkumpul pada pukul 11 pagi di hadapan kedutaan itu bersama kain rentang dan sepanduk, antaranya bertulis 'Save Syria', 'War is a Crime', 'The Killings Must Stop' dan 'Say No To War', sebelum akur bergerak dan berhimpun ke seberang jalan setelah diarah pihak berkuasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Mohd Farid Hassan dan diketuai Setiausaha Agung Kelab PGPF Muhammad Radzilah Abdullah kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan kepada seorang wakil kedutaan pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ibrahim berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya hasrat kerajaan Amerika untuk melancarkan serangan ketenteraan ke atas Syria kerana ia akan menyebabkan kematian penduduk yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak dan kerosakan harta benda.

Beliau turut menyeru Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk memanggil Duta Amerika Syarikat ke Wisma Putra bagi menyampaikan pendirian kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak mahu peperangan berlaku di Syria.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata perhimpunan bersurai secara aman dan tiada sebarang insiden dilaporkan hasil kawalan rapi pihak polis. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain