suria

Mukhriz Timbang Sama Ada Bertanding Kerusi MT Atau Tidak

ALOR SETR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan mengumumkan keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak kerusi Majlis Tertinggi (MT) pada masa yang sesuai.

"Saya ada tiga pilihan namun kena fikir tanggungjawab besar sebagai Menteri Besar untuk memajukan Kedah dan juga pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

"Keputusan ini berat kerana perlu menawarkan diri dan bukan lagi berdasarkan pencalonan," kata Mukhriz kepada pemberita yang meminta beliau menyatakan hasratnya mengenai perkara itu.

Menteri Besar itu ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat minggu Exco di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

Mukhriz menjelaskan spekulasi dalam blog bahawa beliau berhasrat bertanding kerusi MT pada pemilihan kali ini bukan datang dari mulutnya atau rakan-rakannya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain