suria

Lebih RM18 Bilion Untuk Pembangunan Luar Bandar Sejak 2010 - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM18 bilion bagi pembangunan luar bandar sejak 2010.

Perdana menteri berkata peruntukan itu digunakan untuk membina 3,350 kilometer jalan raya, menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 297,000 rumah dan bekalan elektrik kepada kira-kira 95,000 buah rumah serta pelbagai inisiatif berfaedah yang lain.

Dalam status Facebook beliau, Najib yang juga menteri kewangan mempelawa orang ramai memberikan input mereka mengenai inisiatif lain yang boleh dilaksanakan.

"Adakah anda berpendapat lebih banyak yang boleh dilakukan? Kongsi pemikiran dan idea anda dengan kami, perbincangan #Bajet2014 antara sekarang dan 8 Sept di http://bit.ly/Bajet_2014," katanya.

Belanjawan 2014 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain