SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan program menyanyi lagu kebangsaan 'Negaraku' sebelum tayangan sesuatu filem di pawagam seluruh negara diadakan sekali lagi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.Sebelum ini, lebih 700 pawagam menayangkan promo kemerdekaan serta memainkan lagu Negaraku sebelum tayangan sesuatu filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia bermula 28 Ogos dan berakhir pada Selasa. Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada program itu akan diteruskan semasa menghadiri majlis ulang tahun ke-6 Bernama Radio24 di sini, Selasa.Ahmad Shabery berkata, maklum balas yang diterima berhubung program itu adalah baik. - BERNAMA