'Tanda Putera' Wajar Jadi Bahan Kajian Ilmiah IPT - Razali

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim mencadangkan filem "Tanda Putera" dijadikan bahan kajian ilmiah oleh pelajar dan ahli akademik di institusi pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata filem itu boleh dikaji dari sudut latar, karya dan jalan ceritanya bagi memberi kefahaman lebih jelas bagaimana pemimpin politik terdahulu menyelesaikan masalah perpaduan dan berusaha membangunkan negara.

"Elok ia dijadikan bahan kajian terutama oleh pelajar IPT supaya mereka boleh menilai dan mengkritik dari sudut perspektif serta maksud sebenar cerita itu," katanya kepada pemberita media ketika ditemui selepas menonton filem itu di pawagam Golden Screen Cinema, Midvalley di sini, Ahad.

Razali yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno menonton filem itu bersama keluarganya serta 50 pelajar IPT dan anggota beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat Cina dan India.

Razali yang juga Pengerusi Biro IPT Pemuda UMNO berkata beliau akan meminta biro itu mengkaji kandungan filem berkenaan, yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan Finas.

Beliau berkata filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba itu juga wajar dijadikan pengajaran buat generasi masa kini khususnya dalam memahami peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di negara ini.

"Saya lihat, jalan cerita filem ini tidak seharusnya dipertikaikan walaupun ada babak tertentu yang sedikit menyentuh perasaan...filem tersebut adalah berdasarkan sejarah, tetapi yang penting pengajarannya (daripada sejarah itu)," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan cuba menghalang penayangan "Tanda Putera" di negeri itu sebelum ini, beliau berkata ia tidak wajar berlaku.

Mengulas isu sama, Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan yang turut menonton filem itu berkata kandungan sejarah yang dipaparkan dalam setiap babak wajar dijadikan iktibar dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi mengatakan ia berunsur negatif dan fitnah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain