suria

Polis Siasat Kes Mayat Bayi Ditemui Di UiTM Dungun

DUNGUN: Polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembuangan mayat bayi yang ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara di sini Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya sedang memeriksa semua pelajar wanita institusi pengajian tinggi awam tersebut.

Beliau berkata polis yakin dapat mengesan suspek tidak lama lagi.

Mayat bayi perempuan tersebut yang cukup sifat ditemui terapung di loji itu oleh pihak kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan.

Mayat ditemui dalam keadaan kebiruan selain kepalanya pecah manakala bahu kanannya patah dan mereput. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain