suria

Proses Pencalonan Jawatan Presiden MIC Dibuka

KUALA LUMPUR: Proses pencalonan bagi pemilihan jawatan Presiden MIC pada Ahad dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari di Ibu Pejabat parti di sini.

Jawatan Presiden MIC akan dipilih oleh 4,200 pengerusi cawangan di seluruh negara. Pemilihan jawatan presiden parti akan diadakan pada 22 September sekiranya terdapat pertandingan bagi jawatan itu pada hari penamaan calon.

Pada masa ini, jawatan Presiden MIC disandang oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel sebelum ini dilaporkan bahawa beliau akan kekal sebagai presiden sehingga suku pertama 2016 sebelum melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam untuk mengelakkan pertandingan dalam jawatan tertinggi pada pemilihan parti.

Berita selanjutnya selepas ini....

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain