Jakim Bantah Konsert Kumpulan Heavy Metal 'Lamb Of God'

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata bantahan itu juga, selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.

Justeru, Jakim bimbang dengan kemasukan artis heavy metal seumpama itu dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal di negara ini.

"Diharapkan pihak berkaitan tidak meluluskan kemasukan kumpulan tersebut dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di samping tidak membuka ruang kepada berlakunya krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak," menurut Jakim.

Kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu sebelum ini dikenali dengan nama 'Burn The Priest'. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain