suria

Taib Tidak Bimbang Dengan Lima Parti Politik Baru di Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak bimbang dengan pendaftaran lima parti politik baharu di negeri ini.

Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, berkata kelulusan kepada parti politik baharu itu mencerminkan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Ini adalah demokrasi. Sesiapa saja boleh memohon dan terpulang kepada ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk memberi kelulusan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van jenazah sumbangan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak kepada Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri di sini, Jumaat.

Taib diminta mengulas pendaftaran lima parti politik baharu oleh ROS baru-baru ini iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), People's Alliance for Justice of Peace dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Ditanya sama ada parti baharu itu akan membawa sebarang ancaman kepada B NSarawak, beliau berkata: "Anda tahu jawapannya." -BERNAMA

Artikel Lain