suria

PPKM Buat Laporan Polis Terhadap Individu Hina Agong Dalam Youtube

KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan institusi diraja di YouTube.

Setiausaha Agung PPKM Abdul Malik @ Husain Anjang Pulau membuat laporan itu di Balai Polis Sentul petang ini, dengan diiringi Timbalan Presiden PKMM Datuk Seri Mohamed Khalil Hussien dan Naib Presiden PPKM Kebangsaan Datuk Mohd Shariff Osman.

Video berdurasi tiga minit dan dirakam pada Jun lepas itu memaparkan seorang lelaki yang mengelarkan dirinya Ustaz Wan Ji, didakwa ingin menghapuskan institusi diraja.

"Kami sedar (kewujudan) video itu pada 20 Ogos lepas dan mendapati ia mengandungi kata-kata berunsur derhaka terhadap Raja dan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan pemerintahan negara berasaskan Raja Berpelembagaan," katanya.

Beliau berkata pandangan individu dalam video itu mengandungi hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam seterusnya mencetuskan huru-hara dalam negara.

Katanya, polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan keras terhadap lelaki berkenaan mengikut undang-undang sedia ada. -BERNAMA

Artikel Lain