Polis Perak Siasat Kumpulan Kongsi Gelap Rekrut Pelajar Sekolah

IPOH: Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.

"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di sini Khamis.

Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.

"Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian," katanya. - BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain