suria

Operator Jentuai Terbunuh Dalam Nahas di Perlis

KANGAR: Seorang operator jentuai, Rashid Itam, 22, terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam Terusan Arau berhampiran Kampung Che Ok dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku pada 10 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isterinya yang bekerja di Arau.

Beliau berkata mangsa, yang beralamat di Kampung Kepala 10, Simpang Empat, dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke dalam terusan di Kilometer 5 Jalan Arau-Simpang Empat.

Mayat mangsa, yang tercampak keluar dari kenderaan, ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam terusan berkenaan.

Abdul Rahman menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berhemah meskipun ketika berada di jalan lurus bagi mengelak kemalangan seperti itu berlaku. -BERNAMA

Artikel Lain