suria

Lebih 40,000 Individu Dikenal Pasti Anggotai 49 Pertubuhan Haram

Abdul Rahim menunjukan senarai nama Pertubuhan Kongsi Gelap pada sidang media mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya. - FotoBERNAMA
Abdul Rahim menunjukan senarai nama Pertubuhan Kongsi Gelap pada sidang media mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya. - FotoBERNAMA
Abdul Rahim menunjukan senarai nama Pertubuhan Kongsi Gelap pada sidang media mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya. - FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kira-kira 40,313 individu dikenal pasti sebagai ahli kumpulan 49 pertubuhan haram yang terdiri daripada kumpulan kongsi gelap.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata antara aktviti utama kebanyakan pertubuhan itu (walaupun bukan semua) ialah pengedaran dadah, peras ugut dan membunuh menggunakan senjata api serta menimbulkan huru hara di tempat awam.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.

Beliau berkata beberapa kumpulan kongsi gelap itu bergerak aktif di beberapa negeri seperti Geng 04 yang dikenal pasti aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

"Geng 08 pula bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Double 7, bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

"Tiga Line dilihat bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak. Geng 30 pula bergerak aktif di seluruh Semenanjung," katanya.

Selain itu, Abdul Rahim berkata Geng 38 juga didapati bergiat aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

Jelasnya, 49 kumpulan tersebut telah diumumkan sebagai pertubuhan haram di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan, 1966, berkuatkuasa pada Selasa (28 Ogos).

Justeru, beliau berkata dengan pengisytiharan berkenaan tiada individu boleh menggunakan kembali nama berkenaan sebagai sebuah pertubuhan.

Antara tindakan lain yang boleh diambil di bawah akta yang telah digazetkan itu adalah semua aset ya ng dimiliki oleh kumpulan kongi gelap berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi.

"Tidak ada seorang pun individu boleh memegang jawatan dan menjalankan apa aktiviti mahupun mesyuarat dalam bangunan atau bertindak sebagai ahli kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Sekiranya mereka didapati menggunakan nama atau simbol kumpulan berkenaan digunakan pada premis perniagaan tersebut boleh disita," katanya.

Bukan itu sahaja Abdul Rahim berkata sekiranya individu yang ditahan dikenal pasti sebagai anggota 49 pertubuhan haram itu mereka akan disiasat dan didakwa di mahkamah.

Berikut adalah senarai nama 49 pertubuhan haram yang diumumkan oleh Abdul Rahim:

1. Geng 04

2. Geng 08

3. Double 7

4. Tiga Line

5. Geng 30

6. Geng 38

7. Geng 24

8. Geng 18

9. Geng 36

10. Geng 21

11. Ang Soon Thong

12. Wah Kee

13. Sio Sam Ong

14. PNEH

15. Hong Hong San

16. Hai San

17. Sin Ang Bin

18. New Cell 20

19. Jit It Hai

20. Sio Koon Tong

21. Gee Lam Kor

22. Gee Ah Eng

23. Loh Kuan

24. Tiang Yee Tong

25. Geng Leng Hor

26. Geng 35

27. Geng 303

28. Geng Satu Hati

29. ATAP

30. Hung Ann

31. Sui Yuk

32. Otai

33. Borneo Red EMP

34. Ah Ngau

35. Batu Tiga

36. Ah Feng

37. Batu 10

38. Sibu Ti

39. Ah Seng

40. Ah Chin

41. Lee Lung

42. Lo Han

43. Sg Merah

44. Sg Badut

45. Ting Ching Lee

46. Tua Cak Lee

47. Teksi Station

48. Pintu Merah

49. Krokop

Artikel Lain