suria

Khairun Aseh Sah Tidak Tanding Pemilihan Umno

Muhammad Khairun Aseh
Muhammad Khairun Aseh
Muhammad Khairun Aseh

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Aduan Pemuda Umno Datuk Muhammad Khairun Aseh mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan parti kali ini.

Beliau berkata keputusan itu adalah muktamad biarpun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan kanan khususnya dalam sayap Pemuda.

"Keputusan ini adalah selaras dengan pegangan prinsip saya untuk menjalankan amanah dan tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penuh integriti dan komitmen," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau yakin perwakilan akan memilih barisan kepimpinan khususnya sayap Pemuda Umno yang mantap untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kelak.

Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini sementara pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Lebih 150,000 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu. -BERNAMA

Artikel Lain