Bongkah Batu Kuari Terpelanting Ke Bangunan Sekolah: 15 Termasuk Guru Cedera - Semasa | mStar

Bongkah Batu Kuari Terpelanting Ke Bangunan Sekolah: 15 Termasuk Guru Cedera

KANGAR: Sebanyak 14 murid Sekolah Kebangsaan Chuping dan seorang guru wanita cedera apabila sebuah daripada bangunan di sekolah itu terkena bongkah batu yang terpelanting akibat kegiatan kuari di kawasan berhampiran.

Insiden pada 12 tengah hari itu berlaku ketika murid tahun satu hingga tahun lima mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena sambutan bulan kemerdekaan di bangunan dewan setingkat sambil diawasi beberapa guru.

Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron berkata insiden itu menyebabkan 10 murid perempuan dan empat murid lelaki cedera.

"Kami sedang menyiasat perkara ini dan akan mencadangkan kepada pihak kuari langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meninjau lokasi kejadian.

Bumbung bangunan terbabit kelihatan berlubang manakala lantai berselerakan dengan siling yang pecah serta serpihan batu kuari.

Zull Aznam berkata kesemua mangsa yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah.

Seorang mangsa, Norhayati Mat, 35, yang juga seorang guru pendidikan Islam, berkata ketika kejadian, beliau sedang mengawasi peserta pertandingan mewarna.

Beliau cedera di kepala dan bahu kerana ditimpa projektor yang terjatuh selepas sebahagian siling bangunan itu runtuh. "Kejadian ini adalah yang pertama saya alami sejak lapan tahun bertugas di sekolah ini," katanya.

Turut meninjau lokasi kejadian ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Khairi Hasan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa dan pihak pengurusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA).

Kuari milik CIMA itu beroperasi kira-kira 400 meter dari sekolah berkenaan dan kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam perkembangan lain, CIMA dalam satu kenyataan, menyebut syarikat itu secara sukarela mengambil keputusan menghentikan aktiviti letupan di kuari berkenaan sementara menunggu siasatan terperinci oleh Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. "Semua kerja letupan di kawasan terbabit dihentikan mulai hari ini. Aktiviti letupan pada masa depan akan dipindah ke kawasan lebih selamat serta jauh dari kawasan kediaman dan sekolah," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut CIMA bersetuju menyemak semula masa letupan selepas berunding dengan pihak sekolha dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu, CIMA bertemu guru besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan tidak lama selepas insiden.

"Pihak pengurusan CIMA akan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terbabit dengan insiden malang ini," kata kenyataan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain