Pembantu Pejabat Didakwa Halang Tugas Polis & Tunjuk Isyarat Lucah - Semasa | mStar

Pembantu Pejabat Didakwa Halang Tugas Polis & Tunjuk Isyarat Lucah

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas tuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menunjukkan isyarat lucah kepada penjawat awam itu, Ahad lepas.

K.Thasarathan, 31, dituduh menghimpit kenderaan peronda polis dengan niat menghalang tugas tiga anggota polis Muhamad Mukhlis Abdul Aziz, Izham Ibrahim dan Aminuddin Alias yang sedang melakukan rondaan di KM140 Lebuhraya Utara Selatan arah utara menghala ke Sungai Dua, dekat sini pada pukul 6.15 petang, 25 Ogos.

Thasarathan yang bekerja sebagai pembantu pejabat itu juga dituduh menunjukkan isyarat lucah kepada ketiga-tiga anggota polis itu di tempat, masa dan hari yang sama.

Bagi pertuduhan pertama Thasarathan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan kedua pula mengikut Seksyen 509 kanun yang sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 25 Sept depan bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim manakala tertuduh diwakili dua peguam, E. Gnasegaran dan V.Partiban. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pengasas SUPP Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain