suria

MBAS Sita Premis Gagal Jelas Tunggakan Cukai Pintu

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dua kediaman dan sebuah premis perniagaan kerana gagal membayar tunggakan cukai pintu selama antara dua hinga emat tahun yang keseluruhannya hampir mencecah RM9,000.

Akauntan MBAS, Azalina Abd Rahman berkata premis berkenaan terletak di Taman Seri Pantai, Taman Uda dan Jalan Seberang Perak.

"Tindakan sita diambil selepas kita menghantar notis tunggakan cukai pintu bulan lepas, namun pemilik kediaman dan perniagaan tidak menghiraukan serta tidak memberi kerjasama kepada MBAS," katanya kepada pemberita ketika Operasi Angkat Harta Alih Tunggakan Cukai Pintu di sini Rabu.

Beliau berkata barangan yang disita boleh diambil semula selepas tunggakan dibayar dan akan dilelong sekiranya tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain