suria

APMM Tawau Gagal Cubaan Seludup Ketam Kelapa

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)menggagalkan cubaan menyeludup 18 ekor ketam kelapa dari negara jiran ke Semporna.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau, Komander Maritim Anor Jaafar berkata ketam berkenaan dirampas dari sebuah bot jongkong di kawasan perairan Terumbu Tanduk, Semporna Ahad lalu.

Bot berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Derawan, Indonesia ke Semporna. "Bot tersebut didapati membawa 18 ekor ketam kelapa yang masih hidup tanpa sebarang permit daripada Jabatan Perikanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anor berkata seorang juragan dan awak-awak yang masing-masing berumur 51 dan 12 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Bot berkenaan turut dirampas.

Ketam kelapa merupakan spesis yang kian pupus. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain