suria

Pemimpin Dunia Perlu Ikrar Tidak Pilih Peperangan Selesai Pertelingkahan - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa menggesa semua pemimpin dunia berikrar supaya tidak memilih peperangan bagi menyelesaikan pertelingkahan antara negara.

Sebagai usaha bagi menggalakkan keamanan, beliau berkata calon bagi setiap pilihan raya di seluruh dunia mesti berikrar tidak memilih peperangan.

"Dunia kini semakin demokratik. Rakyat berhak memilih pemimpin dan kerajaan mereka.

"Jika mereka tidak berikrar sedemikian, maka pengundi pada masa depan sepatutnya tidak memilih mereka. Dengan cara itu kita akan mempunyai kerajaan yang begitu berdedikasi ke arah keamanan," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Mahathir bagi Keamanan Global di sini Selasa.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan isteri, Nompumelelo Ntuli, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berkata: "Generasi masa depan mempunyai peranan bagi membina keamanan...Insya-Allah, dunia akan menyaksikan keamanan bukannya peperangan. - BERNAMA

Artikel Lain