suria

Najib Gesa Semua Negara Berkongsi Tanggungjawab Bersama Jamin Keamanan Berkekalan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menggesa semua negara berkongsi tanggungjawab bersama bagi memastikan masa depan yang lebih baik dan keamanan yang berkekalan.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa mungkin menghadapi cabaran terbesar: keamanan bukan sahaja semasa zaman ini tetapi keamanan untuk sepanjang masa.

"Ia adalah cabaran yang perlu dihadapi secara kolektif. Adalah penting agar kita mencapai keamanan yang berasaskan kepada perjanjian yang disanggupi bukan sesuatu yang dikuatkuasakan oleh hegemoni atau diperoleh melalui paksaan.

"Keamanan hanya boleh dicapai jika kita bersedia melibatkan satu sama lain secara konstruktif, untuk menggantikan dialog sebagai ganti kepada konflik," katanya pada majlis Anugerah Mahathir untuk Keamanan Global di sini Selasa.

Najib berkata semangat inilah yang memberi inspirasi kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berdiri teguh menentang peperangan.

"Bercakap pada persidangan di seluruh dunia, beliau (Dr Mahathir) bekerja tanpa mengenal penat bagi membawa satu mesej mudah - perang tidak sepatutnya menjadi laluan pilihan kepada keamanan," katanya.

Najib berkata anugerah itu adalah satu lagi demonstrasi komitmen peribadi Dr Mahathir yang mendalam kepada perjuangan ini.

"Jarang berlaku seorang pemimpin negara bangkit menjadi ikon global. Masih jarang berlaku mereka masih berbuat demikian dengan belas kasihan bukan melalui penaklukan.

"Hanya segelintir yang mendapat pengiktirafan sedemikian di mana mereka bukan setakat dikenali rakyat mereka sendiri tetapi juga di seluruh dunia, dikenali bukan kerana gelaran mereka tetapi dengan hanya satu nama," katanya.

Najib kemudiannya menyampaikan anugerah orang yang berkempen seumur hidup bagi keamanan Global kepada Dr Mahathir bagi Anugerah Mahathir bagi Keamanan Global.

Anugerah Mahathir bagi Keamananan Global adalah anugerah keamanan antarabangsa yang disumbangkan Yayasan Keamanan Global Mahathir yang ditubuhkan bagi menyumbang kepada usaha keamanan di seluruh dunia.

Turut hadir Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan wife, Nompumelelo Ntuli, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Pengerusi dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Keamanan Global Mahathir, Tan Sri Lim Kok Wing. - BERNAMA

Artikel Lain