suria

Masalah Telekomunikasi Catat Aduan Tertinggi

KUALA LUMPUR: Sektor telekomunikasi mengungguli kategori aduan pengguna tertinggi yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) pada tahun lalu.

Pusat itu menerima 5,985 aduan berkaitan telekomunikasi tahun lepas atau 14.3 peratus daripada semua kategori aduan.

Ketua Pegawai Eksekutif NCCC, Datuk Paul Selvaraj berkata ia merupakan tahun ketiga berturut-turut isu komunikasi mencatatkan aduan tertinggi.

"Ia bukan sesuatu yang mereka harus dibanggakan. Situasi ini menjadi semakin buruk," katanya ketika pengeluaran laporan tahunan aduan pengguna bagi 2012.

Antara aduan yang diterima termasuk caj tersembunyi, SMS yang tidak diminta, bayaran untuk panggilan tidak dijawab dan panggilan tidak dijawab.

Artikel Lain