suria

CEC DAP: Zairil Sedia Tanding Lagi

Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari
Zairil Khir Johari

PETALING JAYA: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sekali lagi menawarkan diri bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada September ini.

"Harapan saya ialah supaya perwakilan memilih calon yang terbaik berdasarkan keupayaan dan rekod prestasi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ziairl merupakan individu yang berada ditengah-tengah kontroversi berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan pada pemilihan CEC parti itu Disember tahun lalu.

Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih.

Bagaimanapun selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Zairil sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Berikutan aduan percanggahan proses pemilihan, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggesa DAP untuk mengadakan pemilihan baru kerana badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Minggu lalu, DAP mengumumkan bahawa parti itu akan mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September ini.

Menurut parti itu, senarai calon untuk pemilihan semula itu adalah sama dengan yang digunakan pada kongres DAP 2012.

Artikel Lain