suria

Rebat Telefon Pintar RM200 Disambung 3 September

HULU TERENGGANU: Kerajaan akan menyambung semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 September ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata sebelum ini program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

"Kita akan agih semula baki pada 3 September ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini semalam.

Katanya kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas.

Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu. BERNAMA

Artikel Lain