Bekas Perunding Yayasan Guru Terlepas Dari Tuduhan Pecah Amanah - Semasa | mStar

Bekas Perunding Yayasan Guru Terlepas Dari Tuduhan Pecah Amanah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas perunding sebuah yayasan guru menarik nafas lega pada Isnin apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan pecah amanah melibatkan 498,000 unit saham P&O (Pacific & Orient Berhad) bernilai RM1.5 juta, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin juga mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap Mohd Nasir Abd Rahman selepas membenarkan rayuannya.

Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata mahkamah mendapati pertuduhan terhadap Mohd Nasir adalah cacat kerana dalam pertuduhan itu Mohd Nasir dinyatakan sebagai ejen sedangkan dia adalah seorang perunding yayasan itu.

"Mahkamah mendapati bahawa yayasan berkenaan telah memberi persetujuan untuk Mohd Nasir menyimpan saham-saham tersebut sebagai 'save keeping' dan yayasan itu turut bersetuju untuk saham-saham tersebut sebagai cagaran melalui memorandum pindah saham.

"Tiada elemen kesalahan pecah amanah, oleh itu pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Saya ketepikan pertuduhan terhadap tertuduh, dan melepas serta membebaskannya daripada pertuduhan," katanya. Pada 8 Februari 2011, Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Rozana Ali Yusoff menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Mohd Nasir selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Nasir didakwa pecah amanah saham itu ketika bertugas sebagai perunding Yayasan Pemodalan Guru Kebangsaan Berhad (kini dikenali sebagai Yayasan Guru Malaysia Berhad).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Keluarga Sdn Bhd Suite 901, Tingkat 9, Pernas International, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara Oktober 1995 dan Disember 1995 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mazlan Jamaludin manakala Mohd Nasir diwakili peguam V. Ravichandran. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!