suria

Rakyat Malaysia Tidak Berpecah Belah Jika Ada Semangat Toleransi

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tidak akan berpecah belah jika masing-masing berpegang teguh kepada semangat toleransi kaum dan agama yang diamalkan sejak sekian lama.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata sejak kurun ke-15 lagi, penduduk negara ini terkenal sebagai negara yang bertoleransi dengan pelbagai agama diamalkan penduduknya.

"Malah pelbagai kuil, tokong dan gereja dibina di merata tempat di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata orang luar kini tentu merasa keliru dengan pertelingkahan sesama rakyat Malaysia berikutan penggunaan kalimah 'Allah'.

Katanya, orang Islam selama ini tidak membantah penggunaan 'God' ataupun 'Lord', tetapi bagi orang Islam, 'Allah' bermakna yang satu dan tiada bandingannya.

"Bersandarkan pada toleransi inilah, dapat kita kecapi kehidupan seperti yang kita idamkan ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain