suria

PM Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Pertahanan Amerika

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel ketika mengadakan pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, Ahad. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel di sini, Ahad.

Hagel, diiringi Ketua Staf Mark Lippert dan Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat Lee McClenney meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama Najib.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Hagel yang tiba di negara ini, Sabtu, dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, sebagai sebahagian daripada program kunjungannya ke empat negara di Asia Tenggara. - BERNAMA

Artikel Lain