Hishammuddin Sokong Waytha Moorthy Letak Jawatan - Semasa | mStar

Hishammuddin Sokong Waytha Moorthy Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong gesaan supaya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis.

Beliau berkata Waytha Moorthy dilihat gagal mengawal emosi dan mendahulukan kepentingan politik berbanding sikap tanggungjawab secara kolektif sebagai anggota Kabinet.

"Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul. Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau mengulas cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini supaya Waytha Moorthy berhenti memegang jawatan berikutan tidak puas hati dengan kematian lima lelaki dipercayai anggota kongsi gelap dalam operasi polis di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hishammuddin berkata beliau dan Zahid masing-masing mempunyai pandangan peribadi, namun sebarang pertimbangan atau kenyataan yang dibuat sebagai anggota kabinet sentiasa berlandaskan tanggungjawab kolektif.

"Sekiranya saya beremosi dalam membuat keputusan kes tragedi bas di Genting Highlands baru-baru ini, saya akan hentikan semua perkhidmatan bas ke Genting.

"Tetapi saya tidak boleh ikut emosi dan harus membuat keputusan berdasarkan kepimpinan yang waras," tegas Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan.

Waytha Moorthy sebelum ini mempersoal tindakan polis kerana mendakwa sukar mempercayai berlaku kejadian tembak-menembak selepas melihat gambar mayat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain