suria

Mekanik Maut Diseret Treler 300 Meter

KEPALA BATAS: Seorang penunggang motosikal maut selepas diseret treler dalam kemalangan jalan raya di KM 123.1 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, Sabtu.

Dalam kejadian pada 1.56 petang ini, mangsa Lam Siong Yew, 40, dalam perjalanan dari arah Sungai Dua menghala ke Kepala Batas, gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh bahagian tepi sebuah kereta Proton Savvy yang berhenti di laluan kecemasan. "Akibat rempuhan itu motosikal dinaiki mangsa terbabas dan terjatuh di atas laluan berkenaan. "Dalam masa sama, sebuah treler dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh dan mengheret mangsa bersama motosikalnya," kata jurucakap polis kepada pemberita di sini.

Katanya mangsa, yang bekerja sebagai mekanik, diseret kira-kira 300 meter sebelum pemandu itu memberhentikan kenderaannya dan mendapati mangsa tersepit di bahagian tayar trelernya.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain