suria

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Dalam Longkang di Gombak

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki, dengan tangan terikat ke belakang, ditemui terapung dalam kawasan tadahan atau longkang berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Batu Caves di Gombak .

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mayat tanpa pengenalan diri itu ditemui separuh bogel dengan tiga kesan tetakan iaitu di belakang badan, bahu kanan dan kepala.

"Kita belum kenal pasti bangsa dan umurnya. Berdasarkan fizikal badan mayat yang ditemui kembung dan berbau, dipercayai mangsa mati lebih dua hari lepas. "Mayat itu ditemui kira-kira pukul 1.15 petang tadi oleh seorang juru ukur yang terlibat dalam kerja-kerja pembesaran jalan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Lain