Pelatih PLKN Cedera Dalam Pergaduhan - Semasa | mStar

Pelatih PLKN Cedera Dalam Pergaduhan

PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) cedera di tangan dan badan dikatakan selepas terbabit dalam pergaduhan di Kem Semarak Tanjung Gosong di sini, malam Khamis.

Menurut sumber polis, pelatih itu, 18, mengalami kecederaan selepas cuba meleraikan pergaduhan seorang rakannya dengan seorang lagi pelatih yang masing-masing berusia 18 tahun.

"Mangsa cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun dia tercedera dalam kejadian berkenaan. Mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 9.23 malam Khamis.

"Polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menyiasat punca pergaduhan," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!