Najib Lancar Bandaraya Islam UIAM - Semasa | mStar

Najib Lancar Bandaraya Islam UIAM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Bandaraya Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bakal mencermikan kejayaan kualiti universiti ini dari pelbagai aspek.

Perdana Menteri berkata dengan reka bentuk dan fungsi unik, Bandarayaa Islam ini akan membolehkan universiti berkenaan menjadi antara universiti terkemuka dunia pada abad ke-21.

"Saya percaya Bandaraya Islam akan meningkatkan usaha UIAM untuk menjadi pemain utama dalam merebut kembali peranan bersejarah dan utama Islam yang pernah suatu ketika dahulu, penting dalam semua bidang pengetahuan bagi faedah seluruh manusia.

"Bandaraya ini akan menjadi saksi kepada kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara moden yang merangkumi nilai-nilai kesederhaan Islam," katanya pada majlis pelancaran Bandaraya Islam sempena ulang tahun ke-30, kampus Gombak UIAM, dekat sini.

Turut hadir Presiden dan penasihat UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Bandaraya Islam itu, akan dibangunkan di atas tanah seluas 17.6 ekar (7.1 hektar) dengan anggaran kos sebanyak RM800 juta akan merangkumi sebuah pusat Islam, pusat perubatan, pangsapuri perkhidmatan, pusat konvensyen, hotel, pusat membeli-belah dan medan selera.

Projek yang akan menggunakan air sebagai konsep asasnya itu, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima hingga tujuh tahun.

Najib berkata dengan pelaksanaan seni bina moden dan kontemporari menggunakan model pembangunan Madinah Al-Munawarah, Damsyik, Baghdad dan Cordoba (Sepanyol), model tamadun Islam prisma itu akan membolehkan ia sebagai penanda aras baharu kepada kecemerlangan seni bina Islam.

Perdana Menteri juga berkata bandar inovatif itu akan dibina atas asas endowmen yang membolehkan dana kerajaan dijimatkan bagi membiayai keperluan baharu universiti itu sekali gus membolehkan ia mencapai status universiti penyelidikan.

"Bandaraya Islam akan menjadi hab komersial untuk UIAM dan saya berharap ramai bermurah hati menyumbang ke arah menjayakan projek ini," katanya.

Mengenai UIAM, Najib berharap universiti antarabangsa perdana itu akan memainkan peranan menyediakan platform untuk semua pemimpin Islam mencari penyelesaian dalam masalah dunia Islam.

"Saya berharap UIAM boleh menyediakan asas intelektual atau dorongan kepada pemimpin Islam dunia untuk bersama-sama mencari penyelesaian dalam konflik dunia Islam.

"Jangan benarkan pertimbangan lain memisahkan kita ke arah usaha untuk menyelesaikan masalah ummah," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).