suria

Empat Lelaki Pecah Masuk Rumah Pengerusi Felda Isa Samad Di Nilai

NILAI: Empat lelaki bersenjatakan parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di Nilai Springs dekat sini dan melarikan barangan peribadi bernilai ribuan ringgit pada awal pagi Jumaat.

Kesemua lelaki berkenaan memecah masuk selepas mengikat seorang polis bantuan yang bertugas pada kira-kira pukul 3.30 pagi.

Dua anak perempuan Isa, seorang menantu lelaki, cucu dan anak buah perempuannya berada di rumah ketika kejadian berlaku.

Kesemua mereka tidak dicederakan.

Isa, yang merupakan bekas Menteri Negeri Sembilan, dan isteri tidak berada di rumah ketika rompakan berlaku.

Artikel Lain