Waris Diminta Datang Ke HKL Untuk Pengecaman Mayat - Semasa | mStar

Waris Diminta Datang Ke HKL Untuk Pengecaman Mayat

SEBAK...Keluarga mangsa sebak selepas proses pengecaman mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung berhampiran Genting Highland di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur malam Rabu.-fotoBERNAMA
SEBAK...Keluarga mangsa sebak selepas proses pengecaman mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung berhampiran Genting Highland di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur malam Rabu.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S.Jeyaindran meminta waris yang mengesyaki anggota keluarga mereka maut dalam nahas bas di Genting Highlands datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan pengecaman.

Beliau juga meminta mereka membawa dokumen peribadi mangsa dan diri sendiri bagi membuktikan mereka adalah waris mangsa.

Katanya, identiti mangsa yang maut hanya akan dapat disahkan selepas selesai bedah siasat dan pengecaman oleh waris.

"Ini untuk mengelak berlakunya sebarang kesilapan kerana kebanyakan maklumat pengenalan diri gagal ditemui pada mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini.

Dr Jeyaindran berkata proses bedah siasat ke atas 37 mayat sudah bermula sejak 11.20 malam Rabu dan dijangka selesai 9.30 pagi Khamis.

"Bagi setiap sesi bedah siasat sejam diperlukan, dan dengan bilangan 12 pakar forensik yang ada, pihak kami mampu melakukan bedah siasat empat mayat dalam satu sesi," katanya.

Mengenai 16 mangsa yang terselamat, Dr Jeyaindran berkata enam daripada mereka masih kritikal manakala 10 lagi stabil.

Beliau juga mengesahkan tiada kanak-kanak terlibat dalam tragedi itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Pengusaha Restoran Cedera Parah Ditembak

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain