suria

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Tragedi Bas Jatuh Gaung

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands pada Rabu.

Perdana menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi terlibat.

Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau Rabu malam.

Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara. BERNAMA

Artikel Lain