suria

Lelaki Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

GEORGE TOWN: Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dalam sebuah kontena di Jalan Siput Kepah, Tanjong Tokong di sini, Khamis.

Mayat Thang Shing Ling, 26, ditemui terbaring dengan kecederaan parah di dada pada pukul 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata polis turut menemui sebilah pisau dan sebatang besi di luar kontena dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan.

"Susulan kejadian itu kami sedang mengesan dua rakan mangsa yang tinggal bersamanya untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata berdasarkan keterangan majikan lelaki itu, Thang baharu dua hari bekerja di kedai kitar semula miliknya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Gan berkata mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Lain