suria

Bas Jatuh Gaung: Bantuan Kewangan, Khidmat Kaunseling Diberikan Kepada Mangsa Terselamat

KUALA LUMPUR: Bantuan kewangan dan khidmat kaunseling akan diberikan kepada mangsa nahas bas jatuh ke dalam gaung yang meragut nyawa 37 penumpang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata bantuan kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada mangsa yang terselemat sementara RM1,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam insiden malang berkenaan.

"Kami berharap mereka yang terselamat akan cepat sembuh," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang terselamat dalam insiden bas jatuh gaung itu di Hospital Selayang pada Khamis.

Artikel Lain