suria

Suri Rumah Dera Anak Lima Tahun Didakwa

Kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai mangsa dera
Kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai mangsa dera
Kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai mangsa dera

IPOH: Seorang suri rumah berusia 30 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa kerana mendera dan menyebabkan kecederaan parah terhadap anak perempuannya berusia lima tahun.

Choong Mee Chin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Choong didakwa mendera kanak-kanak itu di ruang tamu rumahnya di Menglembu pada 12 Ogos kira-kira pukul 9 pagi dengan memukul kepala dan badannya menggunakan tongkat.

Majistret Suhaima Mohd Noor menetapkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk pemerhatian selama sebulan.

Suhaima juga mengarahkan Choong menjauhkan diri daripada mangsa atau jaminan itu ditamatkan.

Artikel Lain