suria

Desas-Desus: Shahrizat Kembali Dilantik Penasihat Khas PM

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

PUTRAJAYA: Dilihat sebagai langkah mengembalikan karier politiknya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita.

Jawatan penasihat khas itu bertaraf menteri.

Shahrizat juga akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno tahun ini.

Setakat ini, hanya Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyatakan hasrat untuk mencabar Shahrizat.

Shahrizat juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan Ketua Wanita selepas menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatannya pada April 2012,selepas ahli keluarganya terlibat dengan skandal kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Shahrizat juga tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaiamanapun tidak diketahui bila Perdana Menteri akan membuat pengumuman tersebut.

Artikel Lain