suria

DAP Tunjuk Surat Sahkan Ahli Dimaklumkan Mengenai Kongres Parti

KUALA LUMPUR: DAP tampil menunjukkan surat yang ditandatangani oleh lebih 500 daripada 753 perwakilan yang tidak akan hadir pada kongres tahun parti itu tahun lalu, sekaligus mengesahkan mereka telah dimaklumkan mengenai kongres itu.

Dalam satu sidang media pada Isnin, Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata surat berkenaan telah ditandatangani secara sukarela oleh ahli parti dan dihantar sebagai bukti kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

"ROS tidak pernah memminta dokumen ini namun kami terlebih dahulu mahu mendapatkan tanda tangan daripada semua ahli kami supaya mereka menandatangani surat ini kerana kami rasa dokumen lain yang telah dihantar tidak mencukupi," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian dengan merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu, yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik balik kenyataannya bahawa DAP tidak memaklumkan kepada 753 perwakilannya pada kongres tahun lalu.

"Adalah tidak benar. Ia jumlah perkwakilan yang tidak hadir pada kongres nasional.

"Bagaiamana beliau (Najib) anggap semua yang tidak menghadiri kongres berkenaan tidak menerima notis?," soalnya.

Akhbar itu melaporkan Najib dipetik sebagai berkata DAP tidak mempunyai kredibiliti kerana ia tidak mengamalkan prinsip demokrasi dalam partinya sendiri.

Pada 30 Julai lepas, ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC dan memaklumkan ia tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti itu berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada pemilihan tersebut, setiausaha politik kepada Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang sebelum ini mendapat 305 undi, namun selepas didakwa berlakuknya kesilapan teknikal dia diumumkan mendapat 803 undi dan tersenarai dalam 30 perwakilan CEC>

Selepas itu, ROS telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC berkenaan.

Khamis lalu, DAP berkata mematuhi arahan berkenaan bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan.

Artikel Lain